Connect with us

Oh! Media

“Andai Terjadi Apa-Apa Kepada Saya..” Ini Mesej Terakhir Bekas Pengurus Kilang Sebelum Maut

Oh! Tidak

“Andai Terjadi Apa-Apa Kepada Saya..” Ini Mesej Terakhir Bekas Pengurus Kilang Sebelum Maut

Viral di social media malam tadi tentang sebuah kilang yang diceroboh bekas pekerjanya. Bekas pengurus kilang tersebut merempuh masuk kawasan kilang dengan menggunakan kereta Honda Civic. Suspek juga telah lempar botol berisi petrol ke dalam kilang dan menyebabkan kebakaran. Tapi, nasib baik berjaya dipadam oleh guard yang bertugas.

Menurut laporan, suspek kemudian larikan diri namun telah dilanggar treler sewaktu dalam perjalanan. Tapi, ada juga saksi kejadian yang kata, suspek seolah-olah sengaja melintas jalan waktu tu.

Mula-mula memang rasa geram bila baca, tapi bila dengar pula kisah dari side suspek, timbul pula rasa kasihan. Dalam video yang viral di Youtube, suspek luah yang dia sangat depress setelah dirinya seolah-olah dianiaya oleh majikan.

Dah 20 tahun bekerja, tiada performance issue, tapi tiba-tiba bonus dibayar lambat. Bila tanya sebab, tiada alasan yang kukuh diterima. Siapa yang tak geram dilayan macam tu, kan? Dalam video tu, memang jelas sangat kekecewaan yang dia rasa. Dia juga ada tunjuk yang sekarang dia terpaksa ambil ubat kerana terlalu depress, sedangkan selama dia bekerja, tak pernah pun dapatkan sebarang rawatan.

“Saya bukan pengemis. Saya patut dibayar setimpal dengan apa yang dah pun saya lakukan (untuk pekerjaan).”

“Saya dalam total stress. Saya tak mendapat tidur yang cukup.”

“Bukan hanya saya. Ada ramai lagi pekerja lain yang turut sama tertekan.”

“Saya betul-betul tertekan. Andai terjadi apa-apa kepada saya, ada individu-individu tertentu yang jadi puncanya.”

Itu antara luahannya dalam video tersebut. Tapi, sekarang ia terserah pada polis kerana kes masih dalam siasatan. Kita baru dengar dari satu pihak, belum dari pihak yang lagi satu. Kita pun tak pasti tentang apa yang betul-betul terjadi. Kita tunggu je lah jika ada sebarang update nanti.

Kredit: Sinar Harian, Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top