Connect with us

Oh! Media

“Mereka Sudah ‘Koyak’ Dari Segi Mental” – Roslin Minta BAM Kaji Semula

Trending

“Mereka Sudah ‘Koyak’ Dari Segi Mental” – Roslin Minta BAM Kaji Semula

Umum mengetahui, skuad badminton negara telah menyertai tiga kejohanan baru-baru ini termasuklah Piala Sudirman, Thomas dan Terbuka Denmark.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Besar Kepala” – Dato Lee Chong Wei Beri Nasihat Kepada Pemain Muda

Setakat ini, Malaysia hanya mencatat kemenangan pingat gangsa dalam kejohanan Piala Sudirman dan tersingkir dalam kejohanan yang lain.

Walaupun tewas, ia sedikit sebanyak memberikan pengalaman kepada pemain muda negara untuk memperbaiki mutu permainan untuk meraih kejuaraan pada masa akan datang.

Roslin Hashim minta BAM kaji semula

Bekas pemain negara, Roslin Hashim telah menyarankan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar mengkaji semula keputusan menghantar pemain untuk menyertai lebih daripada dua kejohanan.

Hal itu selepas melihat pemain badminton negara telah menyertai banyak kejohanan dalam masa terdekat dan ia dilihat tidak bagus untuk mental mereka.

Walaupun perkara itu baik bagi memberikan pendedahan serta memperbaiki ranking, namun pemain negara dilihat sudah mula keletihan dari segi mental.

Roslin Hashim
Roslin Hashim

Memang betul tindakan BAM ini, sebab dapat berjimat dari segi kos, kalau balik ke Malaysia selepas Piala Sudirman hari itu mereka kena kuarantin dan rugi dari segi masa dan sebagainya.

Macam zaman saya dahulu juga memang ada kejohanan back to back di Eropah, paling banyak pun tiga itu pun dah ‘koyak’ tetapi sebab nak perbaiki ranking, bila dah ada ranking baik semua jadi macam biasa.

Selain itu, dia berpendapat bahawa BAM mungkin ingin backup kembali kejohanan yang terbatal sebelum ini akibat pandemik, namun mengakui pemain akan penat jika beraksi lebih daripada dua minggu.

Malaysia bakal hadapi dua kejohanan selepas ini

Malaysia akan menyertai dua kejohanan selepas ini iaitu Terbuka Perancis dan Terbuka Jerman dan memaksa pemain beraksi lima pertandingan berturut-turut.

Roslin berkata, pemain-pemain seperti Lee Zi Jia dan Aaron Chia sudah mula penat dari segi mental dan berkemungkinan tidak mampu memberikan aksi terbaiknya dalam kejohanan akan datang.

Tambahnya, mereka mungkin boleh melakukan, tetapi bukanlah 100% daripada apa yang mereka mampu berikan semasa kejohanan itu.

Dalam keadaan ini otak mereka mungkin kata boleh bagi yang terbaik tetapi badan tidak boleh bekerjasama dah, mungkin mereka boleh bagi kurang daripada 70 peratus dari aksi terbaik mereka.

Walaubagaimanapun, Roslin tetap berharap agar BAM mampu menilai semula keputusan tersebut bagi masa depan pemain badminton negara.

Kredit: Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas