Connect with us

Oh! Media

Menyayat Hati, Mayat Ibu Dan Anak Ditemui Berpelukan Dibawah Timbunan Lahar Panas Gunung Berapi Semeru

gunungberapi

Trending

Menyayat Hati, Mayat Ibu Dan Anak Ditemui Berpelukan Dibawah Timbunan Lahar Panas Gunung Berapi Semeru

Sabtu lalu Indonesia dikejutkan dengan letusan Gunung Berapi Semeru. Kita juga dapat melihat suasana penduduk sekitar cuba menyelamatkan diri dan keadaan rumah-rumah yang musnah akibat lahar serta lumpur dari letusan.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Penduduk Lari Selamatkan Diri Akibat Letusan Gunung Berapi Semeru Di Indonesia

Sekarang operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan untuk mencari mangsa yang terselamat untuk dibawa ke pusat perlindungan sementara.

Pasukan penyelamat jumpa mayat ibu dan anak berpelukan

Lebih menyedihkan apabila pasukan penyelamat sudah mula menjumpai mereka yang terkorban selepas memeriksa beberapa kawasan terjejas.

Ketika kami melakukan pemeriksaan, kami menemukan mayat ibu dan anak saling berpelukan di Curah Kobokan.

Kami juga menemukan sejumlah mayat bertindihan antara satu sama lain di dalam sebuah trak. – Kata David seorang sukarelawan.

Jumlah mereka yang terkorban setakat ini masih belum dapat dipastikan memandangkan ada juga mayat yang tak dapat dikeluarkan kerana lahar masih panas. Kenderaan berat juga tidak dapat masuk ke kawasan bencana kerana lumpur yang tebal.

Kami di Ohmedia ucapkan salam takziah buat mereka yang kehilangan insan tersayang dan sama-sama kita doakan agar lebih ramai dapat diselamatkan. Al-Fatihah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas