Connect with us

Oh! Media

Meninggal Dunia Ketika Tunggu Giliran, JPJ Tepis Sebarang Spekulasi

Trending

Meninggal Dunia Ketika Tunggu Giliran, JPJ Tepis Sebarang Spekulasi

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pemergian seorang warga emas ketika sedang menunggu giliran di kaunter Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Duduk Sambil Tunggu Giliran Di JPJ, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia

Kejadian dikatakan berlaku di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan disahkan meninggal dunia selepas pihak ambulans tiba di lokasi.

Diberi layanan khas oleh JPJ

Namun, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), warga emas yang meninggal dunia di kerusi ruangan menunggu telah diberikan layanan khas untuk berurusan.

Layanan khas tersebut termasuklah tidak perlu beratur dan telah dibawa ke kerusi ruangan menunggu pelanggan sebelum dipanggil untuk berurusan perihal JPJ, lapor Kosmo.

Selain itu, lelaki berbangsa India itu juga telah pun melengkapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) memasuki tempat tersebut termasuklah telah melengkapkan dos vaksin.

Sebelum kejadian mangsa lelaki berbangsa India, yang berusia 76 tahun telah diambil suhu badan yang normal serta telah menunjukkan status MySejahtera dengan lengkap dua dos.

Semasa di ruangan menunggu, mangsa dikatakan dengan tiba-tiba tidak sedarkan diri dan panggilan kecemasan (MERS 999) telah dibuat oleh Ketua Bahagian Pengurusan JPJ Cawangan Bangi.

Tambahnya lagi, ambulans dan pasukan paramedik telah tiba bagi tujuan memeriksa keadaan warga emas namun telah disahkan meninggal dunia.

Mayat warga emas tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kajang bagi tindakan lanjut.

Selain itu, pihak JPJ juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak Polis dan pihak Hospital Kajang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas