Connect with us

Oh! Media

“Mengangkang Pun Nak Habaq” – Rakam Isteri Solat Tapi Tak Mandi Wajib, Pasangan Ini Dikecam

Oh! Tidak

“Mengangkang Pun Nak Habaq” – Rakam Isteri Solat Tapi Tak Mandi Wajib, Pasangan Ini Dikecam

Bila dah berkahwin, tak semua perkara boleh ditunjukkan kepada umum. Meskipun ianya hanyalah gurauan atau content, tetapi seseorang seharusnya meletakkan batas.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Prank’ Pegang Tangan Isteri Orang, Content Prankster Dianggap Keterlaluan

Seperti video viral ini, orang ramai meluahkan rasa tidak senang dengan perkongsian video memaparkan suami menegur isterinya yang sedang khusyuk solat.

Suami bertanyakan isterinya sama ada sudah mandi wajib sebelum sembahyang. Isteri dalam keadaan terkejut terus menoleh. Dia mula sedar bahawa dia memang lupa untuk mandi wajib!

@jdrp_2810 inget enaknya doang 🤣😂 #fypシ゚viral #fyp ♬ suara asli – Badutku_21

Menurut warganet, hal dalam kelambu seperti itu tidak perlu dikongsikan di dalam media sosial kerana ia seolah-olah membuka aib suami isteri. Malah video itu boleh mengundang pelbagai andaian tidak baik daripada warganet.

Setakat ini, video tular tersebut mendapat tontonan mencecah 3.5 juta daripada warganet dan difahamkan, pasangan tersebut berasal dari negara jiran, Indonesia.

Kredit: @jdrp_2810

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas