Connect with us

Oh! Media

Mengadu Sakit Dada, Seorang Lelaki Temui Ajal Ketika Bermain Badminton

Trending

Mengadu Sakit Dada, Seorang Lelaki Temui Ajal Ketika Bermain Badminton

Badminton merupakan salah satu aktiviti yang dilihat semakin terkenal sejak akhir-akhir ini sehingga terdapat segelintir individu yang sanggup meluangkan masa bermain hingga larut malam.

ADVERTISEMENT

BACA: Seorang Pelajar Meninggal Dunia Sewaktu Main Badminton

Lebih-lebih lagi sejak kelonggaran bagi aktiviti riadah serta sukan, orang ramai dilihat semakin menumpukan perhatian terhadap aktiviti tersebut oleh kerana lebih setahun ‘terkurung’ akibat pandemik.

Namun, disebalik keriangan itu, terdapat juga kejadian yang tidak diingini berlaku semasa bermain sukan berkenaan termasuklah mengalami kecederaan sehingga mampu meragut nyawa.

Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain badminton

Bagaimanapun, terdapat sebuah kejadian serupa apabila seorang lelaki telah menemui ajal ketika bermain badminton semasa menyertai kejohanan sukan tersebut semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang di Dewan Jerantut Badminton Centre, Jerantut, mangsa tidak sempat menghabiskan perlawanan yang ketika itu sedang memasuki peringkat suku akhir.

Mangsa, Mohamad Fadzil Mokhtar, 34, dikatakan rebah selepas mengadu sakit pada bahagian dada dan berasa tidak sihat ketika berehat di tepi gelanggang.

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan pemeriksaan ke atas mangsa yang rebah dan tidak sedarkan diri (Sumber: Kosmo!)

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Kamis, pihaknya dimaklumkan tentang perkara tersebut pada jam 4 petang selepas dihubungi oleh orang awam.

Berdasarkan maklumat, mangsa tidak sempat menghabiskan perlawanan peringkat suku akhir dalam perlawanan badminton di dewan tersebut.

Difahamkan mangsa mengadu sakit dada serta tidak sihat lalu duduk berehat di tepi gelanggang sebelum tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.

Tiada unsur khianat, mangsa didapati terkena serangan jantung

Tambahnya lagi, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Jerantut beberapa minit kemudian untuk menjalani proses bedah siasat.

Selain itu, ujian saringan terhadap mangsa turut dijalankan dan mendapati bebas dari sebarang jangkitan. Hasil bedah siasat pula mendapat mangsa meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Ulas Azman, pemeriksaan fizikal ke atas si mati juga mendapati tiada sebarang kecederaan sama ada berpunca dari perbuatan khianat atau jenayah.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Kredit: Kosmo! I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas