Connect with us

Oh! Media

“Memasing Nak Tunjuk Dia Have-Have..”- Lelaki Dikecam Tak Puas Hati Orang Hantar Anak Sekolah Naik Vellfire

anak sekolah

Oh! Tidak

“Memasing Nak Tunjuk Dia Have-Have..”- Lelaki Dikecam Tak Puas Hati Orang Hantar Anak Sekolah Naik Vellfire

Tular di media sosial Twitter semalam apabila sebuah foto memaparkan beberapa kereta mewah jenis Toyota Vellfire dipercayai sedang berhenti bagi menunggu giliran menghantar anak mereka ke sekolah.

ADVERTISEMENT

Kata individu itu, hanya ‘tokey mafia’ di negara Jepun sahaja yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan menaiki kenderaan jenis itu.

Pada mulanya, tweet berkenaan mendapat sokongan daripada netizen yang lain yang merasakan keberadaan ibu bapa membawa kereta berkenaan untuk menghantar anak ke sekolah hanya mengundang kesesakan dan sebagainya.

Kata seorang netizen ini, hanya ibu bapa yang mempunyai ‘inferiority complex’ sahaja yang membawa kereta ini dan mempunyai perasaan ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

twitter

Namun begitu, tweet berkenaan mendapat reaksi yang berbeza kerana ada yang berpendapat bahawa individu berkenaan mempunyai masalah hati dan tidak boleh lihat ‘orang senang’.

Lah dah tu dia ada kereta vellfire, takkan nak pinjam MyVi jiran pergi hantar anak ke sekolah pulak?

twitter

Aku pun tak mampu juga bang. Tapi tak adalah sampai busuk sangat hati aku nak judge orang macam tu.

Sementara itu, netizen berpendapat bahawa kereta jenis MPV seperti Vellfire/Alphard ini sangat sesuai dimiliki oleh mereka yang mempunyai keluarga yang besar, dan terutama sekali bagi individu yang berkemampuan.

Benda ni tak jadi masalahpun, setiap orang ada hidup mereka sendiri, jadi tak perlu nak pertikai hidup orang.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas