Connect with us

Oh! Media

“Memang B*bi Mulut Puaka” – Ibu Dituduh Kutip Pokok Floria, Anak Tampil Tunjuk Resit

Trending

“Memang B*bi Mulut Puaka” – Ibu Dituduh Kutip Pokok Floria, Anak Tampil Tunjuk Resit

Zaman media sosial sekarang ini, memang ada segelintir orang yang suka memuat naik ‘content’ tanpa selidik terlebih dahulu.

ADVERTISEMENT

Kadang kala tuduhan yang dibuat bukan biasa-biasa, sampai boleh menjatuhkan air muka orang lain.

Seperti kisah viral di Twitter ini, seorang wanita dituduh mengutip pokok pameran di Floria Diraja Putrajaya 2022. Dalam hantaran tersebut, kelihatan wanita itu meletakkan pokok di bahagian bonet kereta.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, seorang pengguna Twitter iaitu Amir Ashraf mengaku wanita di dalam gambar tersebut adalah ibunya. Ibu sebenarnya telah membeli pokok-pokok tersebut bukannya mengutip sembarangan.

Amir Ashraf turut menyertakan resit bayaran sebagai bukti jika ada yang masih tidak percaya. Berasa sangat marah dengan tuduhan itu, Amir berkata mulut-mulut yang menuduh ‘puaka’ dan tiada insurans.

Iyalah, terus buat andaian melulu tanpa usul periksa siapa yang tak marah kan?

Difahamkan individu yang menuduh telah menukar setting profile ke privacy.

Kredit: Twitter amirashrafwz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas