Connect with us

Oh! Media

Melaka Bakal Beralih Ke Fasa Baru Minggu Depan

melaka

Trending

Melaka Bakal Beralih Ke Fasa Baru Minggu Depan

Melaka kini berada di Fasa 3 dan pada minggu hadapan, dijangkakan bakal beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ADVERTISEMENT

BACA: “Nak Jadi Macam Sabah?” – Pakar Perubatan Cadang PRN Di Melaka Ditangguhkan

Menurut Astro Awani, perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa Covid-19 di peringkat kebangsaan yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada minggu lepas.

Sepatutnya dah beralih lebih awal

melaka

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, sebelum ini, peralihan berpindah ke fasa baru terpaksa ditangguhkan atas sebab jangkitan kes harian Covid-19 masih tinggi. Seharusnya, negeri ini sudah boleh beralih ke Fasa 4 lebih awal lagi.

Dalam mesyuarat jawatankuasa COVID-19 peringkat kebangsaan tempoh hari yang dipengerusikan Perdana Menteri, Melaka sepatutnya boleh bersama Pahang untuk masuk Fasa 4.

Tetapi melihat pada kes jangkitan harian itu sedikit tinggi, maka diminta untuk tangguhkan dulu.

Sudah pasti minggu hadapan, saya yakin ia akan diputuskan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan webinar Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2021 peringkat negeri Melaka, hari ini.

Melaka telah membuka lebih banyak sektor ekonomi termasuk pelancongan apabila sudah beralih ke Fasa 3 PPN pada 1 Oktober lalu. Sebelum ini, Melaka tidak membenarkan kemasukan pelancong domestik ke negeri itu sementara menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Apabila kerajaan sudah memberi keizinan untuk melakukan aktiviti merentas negeri, Melaka kini akan membuka semula sektor pelancongan negeri secara rasmi bermula Jumaat ini.

Rakyat kini sudah boleh merancang untuk melancong ke semua sektor pelancongan di negara kita dan sama-sama membantu menaikkan taraf ekonomi negara yang kian susut akibat pandemik.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas