Connect with us

Oh! Media

Mekah banjir

Oh! Tidak

Mekah Alami Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat

Kota suci Mekah kini dilanda cuaca ekstrem yang menyebabkan beberapa kawasan kejiranan ditenggelami air banjir. 

Menurut laporan Kosmo, rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan keadaan banjir yang membimbangkan termasuk insiden heroik penduduk tempatan menyelamatkan mangsa.

IKLAN

Di kawasan kejiranan Al-Awali, tenggara Mekah, sekumpulan lelaki dilihat membentuk rantaian manusia untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir. 

Dalam satu video lain, seorang lelaki bergegas membantu pemandu penghantaran yang terjatuh dari motosikalnya akibat deras air banjir.

Kenderaan terkandas, hujan luar biasa dijangka berterusan

Beberapa kenderaan termasuk sebuah bas pelancong terkandas di tengah jalan apabila air banjir naik dengan pantas. 

Hujan lebat ini turut memberi kesan kepada kawasan lain di Arab Saudi seperti Riyadh, Al-Baha, dan Tabuk, yang kini sedang bersiap sedia menghadapi situasi sama.

Menurut laporan Saudi Press Agency, hujan sederhana hingga lebat berserta ribut petir dan ribut debu akan berterusan hingga esok (Rabu) dan perkara ini telah diramalkan Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC).

Mekah dan Madinah turut terjejas

Hujan luar biasa ini memberi cabaran besar kepada Mekah dan Madinah yang menarik berjuta-juta jemaah haji setiap tahun. Penduduk tempatan kini berganding bahu membantu mangsa dan mengurus kesan banjir.

#OhmediaNasihat

Perubahan cuaca ekstrem seperti ini menjadi peringatan bahawa bencana alam boleh berlaku di mana-mana. Sekiranya anda berada di kawasan terjejas, elakkan perjalanan yang tidak perlu, patuhi arahan pihak berkuasa, dan sentiasa utamakan keselamatan.

Semoga semua penduduk Mekah dan wilayah terjejas dilindungi daripada sebarang bahaya.

Mekah banjir

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas