Connect with us

Oh! Media

McGregor Besarkan Badan Untuk Siap Sedia Lawan PacMan

Trending

McGregor Besarkan Badan Untuk Siap Sedia Lawan PacMan

Bagi peminat sukan tinju, mesti tahu perlawanan antara Conor McGregor dan Manny Pacquiao yang akan berlangsung pada awal tahun depan yang diadakan khas untuk mengumpul dana bagi mangsa Covid-19 di Filipina.

ADVERTISEMENT

Kedua-dua petarung semakin hampir untuk bersetuju untuk mengadakan perlawanan bersama yang dikatakan akan mengikuti syarat pertarungan di Asia Barat.

Terbaru, Mc Gregor ada berkongsi satu gambar yang menunjukkan dia kini sedang menyiapkan dirinya sebelum perlawanan. Apa yang dapat dilihat, badan Mc Gregor semakin sado dan dia nampaknya betul-betul mengambil serius dengan perlawanan ini.



McGregor sebelum ini mengakui lebih gemar untuk bertarung di UFC sahaja, tetapi kerana kurangnya peluang untuk beraksi membuatkan dia menerima tawaran berdepan PacMan dan ini juga mungkin jadi tempat untuk dia buktikan sesuatu.

Sebenarnya saya lebih rela bertarung dalam MMA, tidak pasti kenapa saya kembali dengan situasi dan peringkat ini. – Katanya.

Apa yang Ohmedia boleh kata, jika McGregor tewas perlawanan ini, pastinya ia akan menurunkan lagi imej dirinya sebagai petinju terhebat yang dibanggakan.



Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas