Connect with us

Oh! Media

MBO Cinema Umum Penutupan Operasi Syarikat? #StayStrongMBOCinemas

Trending

MBO Cinema Umum Penutupan Operasi Syarikat? #StayStrongMBOCinemas

Gembar-gembur tentang penutupan MBO Cinemas akhirnya terjawab apabila mereka memuat naik sebuah video berdurasi 2.53 minit di media sosial mereka.

ADVERTISEMENT

Ketua Pegawai Eksekutif baru MBO, En. Cheah Chun Wai tampil menerangkan situasi yang dihadapi oleh industri layar perak yang semakin tenat ekoran pandemik Covid-19 yang turut menjejaskan operasi MBO Cinemas sejak Mac lalu.

Industri layar perak tenat dan sokongan diperlukan

Menerusi video tersebut, pihak MBO turut berterima kasih kepada semua peminat khususnya ahli Allstar yang tidak putus-putus memberikan kata semangat.

Akur dengan keadaan industri yang sedang tenat, MBO Cinemas dan ahli Allstar tampil dengan kempen #StayStrongMBOCinemas di mana menerusi kempen ini, korang boleh beli barangan cenderamata eksklusif limited edition pada harga istimewa.

Bekas minuman viral BTS

Antara barangan cenderamata yang dijual termasuklah, bekas minuman eksklusif BTS yang pernah viral beberapa bulan yang lalu serta bekas minuman yang direka khas untuk filem Mulan dan banyak lagi.

Kalau nak tahu lebih lanjut, korang kene follow update terkini MBO sebab menurut mereka, kita juga boleh mula dapatkan cenderamata tu semua menerusi platform Shopee.

“Kasi sapu licin”

Kempen #StayStrongMBOCinemas ini akan bermula pada 30 Oktober 2020 bermula jam 4 petang – 8 malam di semua cawangan MBO kecuali di cawangan MBO yang berikut;

  • Klang,
  • Space U8,
  • Elements Mall Melaka,
  • Seremban,
  • Skudai,
  • Brem Mall
  • Kota Tinggi

See you soon! #StayStrongMBOCinemas

Jom support kempen ni dan harap kita semua akan berjaya menempuh pandemik Covid-19. Lama dah rasanya tak tengok wayang dekat MBO, harap lepas ni keadaan kembali normal.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #StayStrongMBOCinemas ni korang boleh follow semua media sosial milik MBO Cinemas di Facebook, Instagram dan juga Twitter mereka.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas