Connect with us

Oh! Media

Mayat Mangsa Baru Dijumpai Selepas 10 Bulan Kemalangan

Trending

Mayat Mangsa Baru Dijumpai Selepas 10 Bulan Kemalangan

Dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kemalangan, seorang mangsa ditemui hanya tinggal tengkorak di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh.

ADVERTISEMENT

Asisten Komisioner Ismal Dollah iaitu Ketua Polis Daerah Batu Pahat berkata polis menerima maklumat daripada pekerja penyelenggaraan lebuh raya mengenai penemuan sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dan menemukan satu tengkorak manusia sebelah kiri lebuh raya pada jam 1.10 tengah hari.

Siasatan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya, manakala tengkorak pula dijumpai berhampiran dengan kereta berkenaan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di bawah cerunan berkenaan. – Katanya.

Setakat ini pihak polis sedang menyiasat samada kemalangan ini ada kaitan dengan laporan orang hilang pada Jun tahun lalu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas