Connect with us

Oh! Media

“Badan Saya Tiba-Tiba Menggigil”, Wanita Terkejut Jumpa Mayat Bayi Berbalut Telekung

Trending

“Badan Saya Tiba-Tiba Menggigil”, Wanita Terkejut Jumpa Mayat Bayi Berbalut Telekung

Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dilaporkan telah menjumpai mayat seorang bayi lelaki yang dibalut dengan kain telekung.

ADVERTISEMENT

Mayat bayi yang diletakkan di dalam sebuah beg plastik itu telah dijumpai di kebun kelapa sawit di Kampung Tali Air 11 Pasir Panjang, Sekinchan pagi tadi.

Rosnah Rusni, 47, berkata, dia sedar ada sesuatu di bawah pokok selepas dia membuka pintu dapur rumahnya kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Bila saya buka pintu dapur, saya nampak ada beg plastik warna biru di bawah pokok kelapa sawit yang terletak kira-kira 10 meter dari pintu dapur rumah. Lepas tu terus saya panggil anak lelaki saya untuk pergi tengok. – Katanya.

Anak lelakinya dikatakan terkejut apabila melihat kain putih dengan kesan darah selepas saja dia membuka beg plastik itu.

Mulanya saya ingatkan ada orang letak barangan peribadi dalam beg, sangkaan saya meleset apabila ada mayat bayi masih bertali pusat digumpal dalam kain telekung.

Saya tak dapat gambarkan dengan kata-kata sampai badan saya tiba-tiba menggigil bila tengok sendiri mayat bayi cukup sifat itu dalam keadaan sudah tidak bernyawa. – Katanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pemeriksaan mendapati keadaan bayi itu cukup sifat.

Melihat keadaan bayi itu, dia sekurang-kurangnya dilahirkan dalam tempoh 24 jam, ini kerana tali pusatnya masih lagi bersambung, dalam keadaan darah belum kering. Rosnah juga turut menjumpai najis bayi di dalam beg itu.

Kredit: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas