Connect with us

Oh! Media

Mark Zuckerberg Nak Tutup, Haramkan Facebook Dan Instagram?

facebook dan instagram

Oh! Tidak

Mark Zuckerberg Nak Tutup, Haramkan Facebook Dan Instagram?

Aplikasi popular milik Meta, iaitu Facebook dan Instagram dikatakan mungkin akan diharamkan di United Kingdom (UK) dan Eropah.

ADVERTISEMENT

BACA: Facebook Kini Bertukar Nama Kepada ‘Meta’

Menerusi laporan Utusan Malaysia, pengasas Meta, Mark Zuckerberg mengancam untuk hentikan perkhidmatan teras dari UK dan Eropah kerana terdapat pertikaian mengenai undang-undang perlindungan data.

Tak boleh lakukan pemindahan data transatlantik

facebook dan instagram

Meta beri amaran bahawa syarikatnya boleh hentikan perkhidmatan sekiranya Eropah tidak membenarkan Meta melakukan pemindahan data transatlantik.

Pemindahan tersebut bermakna pemindahan data peribadi orang ramai dariapada server selamat di Eropah dan dikawal ketat ke Amerika Syarikat (AS).

Perkongsian data antara negara dan wilayah dikatakan penting untuk menyediakan perkhidmatan Meta dan syarikat Mark Zuckerberg mungkin perlu berhenti menawarkan produk dan perkhidmatan penting sekiranya rangka kerja baru tidak diterima.

Walaubagaimanapun, Mahkamah Kehakiman Eropah tidak membenarkan syarikat Meta berbuat begitu sejak Julai 2020. Meta juga memberitahu mereka tidak berniat untuk berundur dari Eropah cuma syarikatnya memang bergantung sepenuhnya pada pemindahan data antara Kesatuan Eropah (EU) dan AS untuk kendalikan perkhidmatan global.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas