Connect with us

Oh! Media

Mandikan Anak Ekzema Dengan Cecair Peluntur, Seorang Doktor Tampil Beri Penjelasan

Trending

Mandikan Anak Ekzema Dengan Cecair Peluntur, Seorang Doktor Tampil Beri Penjelasan

Ekzema merupakan simptom keradangan dan kegatalan kulit yang biasa berlaku kepada anak kecil atau orang dewasa pada bahagian tubuh badan.

ADVERTISEMENT

BACA: Nina Iskandar Mengalami Ekzema Semasa Mengandung

Kebiasaanya jika berlaku kepada bayi, ia akan bermula dengan mendapat bintik-bintik merah di pipi serta kawasan kulit lain dan kadang-kala berair.

Ia sudah semestinya menimbulkan perasaan tidak selesa dan timbul keinginan untuk menggaru muka sehingga menyebabkan keadaan kulit yang semakin teruk.

Oleh itu, pelbagai kaedah serta cara rawatan yang disediakan oleh ibu bapa bagi mencegah anak comel mereka daripada dibelenggu dengan kegatalan.

Mandi anak dengan cecair peluntur?

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang ibu yang memandikan anaknya yang dijangkiti ekzema dengan menggunakan cecair peluntur.

Namun, ia bukanlah berlaku di dalam Malaysia, sebaliknya di luar negara yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama @jessicaanne97.

Perkara itu turut menjadi persoalan oleh kerana risau akan kesan sampingannya terhadap kulit bayi tersebut yang diketahui sangat sensitif.

@jessicaanne97

Eczema baby bleach baths. Ps I added the bleach before putting baby in. It’s just water in this bottle #GoodSoup #EczemaAwareness #MumLife #fyp

♬ good soup – MARVEL FANS
Link TikTok

Doktor tampil beri penjelasan

Berhubung dengan perkara itu, seorang doktor bernama @dr_ingky di aplikasi TikTok telah tampil untuk memberikan penjelasan tentang video tersebut.

Menurutnya, pengguna cecair itu merupakan salah satu kaedah berkesan untuk merawat ekzema serta mengurangkan simptom terhadap penyakit itu.

Para doktor juga turut menyarankan untuk masukkan bleach atau cecair peluntur untuk orang yang mempunyai ekzema terutamanya bayi.

Tambahnya lagi, cecair peluntur atau bleach mampu membantu untuk membunuh kuman dari kulit, mengurangkan merah serta mengelakkan bayi daripada menggaru.

Selain itu, beliau juga turut menyarankan agar menggunakan cecair itu sebanyak seminggu sekali atau seminggu dua kali bagi mengurangkan ekzema.

Link TikTok

Selamat jika guna sukatan yang betul

Menurut Hello Doktor, mandian dengan campuran cecair peluntur tersebut akan selamat jika disukat serta cara penggunaanya adalah betul.

Ia termasuklah berapa sukatan cecair peluntur serta keadaan air yang digunakan dalam keadaan suam dan mengikut sukatan yang sesuai.

Namun, menurut artikel itu, anda mungkin mengalami beberapa kesan sampingan jika terlalu kerap mandi bersama campuran cecair tersebut.

Walaubagaimanapun, anda juga dinasihati agar berhati-hati menggunakan kaedah ini selain turut disarankan mendapatkan nasihat pakar sebelum mencuba.

Kredit: TikTok @dr_ingky dan @jessicaanne97 I Hello Doktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas