Connect with us

Oh! Media

“Mana Pintu Masuk?” – Netizen Persoal Pembinaan Jejantas ‘Skybridge’ Bernilai RM31.5 Juta Di Sabah

Trending

“Mana Pintu Masuk?” – Netizen Persoal Pembinaan Jejantas ‘Skybridge’ Bernilai RM31.5 Juta Di Sabah

Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah merasmikan pembukaan jejantas bernama Skybridge bernilai 31.5 juta.

ADVERTISEMENT

BACA: Siapa Ketua Menteri Sabah Baru? Esok Akan Ada Majlis Angkat Sumpah Di Istana Negeri Sabah

Laluan penjalan kaki sepanjang kira-kira 400 meter itu menghubungkan beberapa pusat beli belah di tengah bandar raya Kota Kinabalu.

Jejantas itu rasmi dibuka pada khamis yang lalu dan dilihat akan memberikan kemudahan serta menjaminkan keselamatan kepada orang awam.

Jejantas ‘Skybridge’ beri banyak manfaat

Menurut Hajiji, jejantas yang menghubungkan pusat beli belah Oceanus, Api-Api Centre, dan Asia City itu memberikan banyak manfaat kepada orang ramai.

Penyiapan projek itu menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah adalah kerajaan yang proaktif dan prihatin.

Menurut Astro Awani, projek jejantas itu telah terbengkalai sebelum ini selepas kerja-kerja pembinaannya dihentikan apabila pemajunya diisytihar muflis.

Selain itu, selepas melawat tapak pembinaan pada awal tahun ini, beliau segera mengarahkan supaya ia disiapkan segera bagi keselamatan orang ramai selain turut mengumumkan peruntukan RM4.7 juta daripada kerajaan negeri.

Netizen persoal pembinaan jejantas

Disebalik pembinaan itu, terdapat juga masyarakat yang mempersoalkan kos pembinaan jejantas berharga RM31.5 juta itu yang dilihat mahal serta membazir.

Hal itu kerana salah satu laluannya untuk ke pusat membeli belah dilihat tidak menghubungkan laluan masuk ke Centre Point Sabah.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @Al-Rashid Zulkefli yang mempertikaikan pembinaan itu selepas melihat beberapa keping gambar jejantas tersebut.

https://twitter.com/AlRashidZulkefl/status/1434307334071676935

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut berpendapat bahawa jejantas berkenaan akan menjadi sia-sia jika tidak mempunyai laluan untuk masuk ke pusat membeli belah itu.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa pemilik Centre Point Sabah itu telah menolak sebarang laluan masuk dibina pada hujung jejantas tersebut.

Walaupun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, sekurang-kurangnya pembinaan yang lama terbengkalai ini sudah disiapkan serta mampu menjamin keselamatan orang awam.

Kredit: Twitter @Al-Rashid Zulkefli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas