Connect with us

Oh! Media

Malaysia Merupakan Negara Tidak Sihat?

negara tidak sihat

Trending

Malaysia Merupakan Negara Tidak Sihat?

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara tidak sihat dek kerana aspek kesihatan yang masih rendah dalam kalangan rakyat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tolong Pakai Pelitup Muka” – Khairy Jamaluddin Tegur Ahli Politik

Menerusi laporan Kosmo, Khairy menyatakan bahawa kadar kematian yang tinggi di negara ini berkait rapat dengan individu yang mempunyai penyakit kronik.

Malaysia negara tertinggi dalam masalah kesihatan

negara tidak sihat

Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa Malaysia tergolong antara negara tertinggi yang mengalami masalah kesihatan,antaranya adalah sakit jantung.

Kadar kematian yang tinggi di negara ini akibat Covid-19 banyak berkait rapat dengan mereka yang merupakan penghidap penyakit kronik. Bayangkan di Malaysia, satu daripada dua rakyat obesiti termasuk saya manakala satu daripada empat rakyat Malaysia tidak mengamalkan kecergasan.

Beliau juga menjelaskan bahawa satu daripada 20 rakyat tidak makan mengikut nutrisi yang betul dan setengah juta orang dewasa mengalami kemurungan di negara ini. Beliau juga percaya bahawa jumlah ini sebenarnya lebih rendah dari realiti sebenar.

Katanya, rakyat Malaysia perlu mengubah tingkah laku atas kemahuan diri sendiri untuk melahirkan generasi yang sihat dan bukannya bergantung harap pada kerajaan. Khairy juga ada menegur sikap rakyat yang tidak mematuhi SOP.

Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan rakyat negara ini sudah cukup mengambarkan tahap kesedaran yang masih rendah.

Berdasarkan tinjauan, 95 peratus rakyat memberitahu akan mengikut SOP yang ditetapkan namun masih ada yang meletakkan pelitup muka di bawah dagu. Sebab itu saya katakan untuk kita beralih, perkara ini sangat penting.

Beliau mengharapkan untuk rakyat sentiasa akur dengan SOP yang dijalankan dan tidak berharap 100 peratus pada kerajaan.

Apabila rakyat mempunyai rasa tanggungjawab, sudah pasti keadaan di Malaysia akan bertambah pulih. Jadilah individu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas