Connect with us

Oh! Media

Majikan Cederakan Dua Pengawal Peribadi Didakwa Lagi 4 Pertuduhan Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Majikan Cederakan Dua Pengawal Peribadi Didakwa Lagi 4 Pertuduhan Mengaku Tidak Bersalah

Ahli perniagaan yang sebelum ini didakwa memukul dan mengugut dua pengawal peribadinya menggunakan pistol dihadapkan ke Mahkamah sekali lagi hari ini atas empat pertuduhan.

ADVERTISEMENT

Tertuduh Chung Chee Yang berdepan dengan empat pertuduhan yang didakwa sengaja mencederakan dua pengawal peribadinya, Ahmad Shamsuri Zailani yang berusia 27 tahun dan Mohd Azminizam Zulkepli yang berusia 44 di lif serta lobi One KL Kondominium pada 13 April lalu.

Walaubagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon supaya keempat-empat pertuduhan yang dibacakan sebentar tadi dibicarakan semula.

 Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dimana jika bersalah, dia boleh berdekan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas