
Oh! Tidak
“Macam Ni Ke Bagi Sedekah?” – Lempar Duit Ke Arah Jemaah, Habib Dikecam Netizen
Oleh
Setiap kali seseorang yang bergelar habib datang bersama kumpulannya untuk menyampaikan dakwah di sesuatu tempat, pasti kehadirannya itu akan disambut baik oleh ramai orang yang menantikan kehadiran mereka.
BACA: “Bukan Apa Risau Juga Zaman Sekarang Ni” – Netizen Berang Lihat Pemuda Selamba Pegang Janggut UAI
Ketinggian ilmu agama serta akhlak baik yang ada dalam diri mereka itu menjadi faktor ramai orang berpusu-pusu ingin bertemu dengan mereka bagi menuntut dan mencari ilmu agama.
Habib lempar duit
Namun begitu, lain pula jadinya dengan seorang habib ini yang hadir ke sebuah masjid bersama kumpulannya selepas dia mendapat kecaman hebat oleh warganet.
@saiq.alfaqih_2705 HABIBKU 🤍🥰 #habib #habibrifkyalaydrus #habibbagirbinthohir #majelisrasulullahjawabarat #maulid #maulidnabi #sholawat #fypシ゚viral ♬ Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan
Menerusi video tersebut, Habib tersebut bertindak melempar dan membaling beberapa keping wang kertas ke arah jemaah yang hadir.
Dapat dilihat para jemaah yang ada ketika itu berebut-rebut ingin mendapatkan duit yang dilemparkan Habib tersebut.
Dikecam hebat netizen Twitter
Mesikpun Habib tersebut bertindak menutup ruangan komennya, tindakannya itu tetap mendapat kecaman warga Twitter yang tidak berpuas hati dan kesal dengan cara sedekah yang digunakannya.
Allahuakhbar. Mmg terkejut tengok ending 😩
— REBEL (@AinulNunanaa) October 9, 2022
Komen pulak semua duk hype sangat konon ibadah sedekah. pic.twitter.com/Ao5H0Xbr6O
Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka bahawa seorang ahli ilmuan agama sanggup melakukan tindakan seperti itu terhadap jemaah yang hadir.




Apa pandangan korang?
Kredit: TikTok saiq alfaqih | Twitter AinulNunanaaa
