Connect with us

Oh! Media

“Macam Nak Sabotaj..”- Otai Burger Malaysia Jawab Isu 2 Set Burger Ayam Special RM23

otai burger

Oh! Tidak

“Macam Nak Sabotaj..”- Otai Burger Malaysia Jawab Isu 2 Set Burger Ayam Special RM23

Kecoh sebelum ni tentang harga burger spesial tepi jalan yang mencecah RM23 sebelum ni. Ohmedia pun ada kongsikan artikel ni sampai buat tinjauan sendiri harga burger special dekat seremban yang masih boleh dijual sekitar RM5.50 sahaja.

ADVERTISEMENT

BACA: Burger Ayam Special Tepi Jalan Cecah RM23

Pendedahan seorang pembeli di Facebook tu menjadi viral dan menimbulkan persoalan ramai pihak. Tapi betullah kata orang, kita tak boleh dengar sebelah pihak jer.

Otai Burger Malaysia beri penjelasan

Terbaru, Ketua Jabatan Latihan dan Pemasaran, Otai Burger Malaysia tampil menjelaskan perkara sebenar selepas ramai sangat mengaitkan mereka dengan perkara ini.

Memang benar pelanggan ada pesan 2 set burger ayam special

Muhammad Syamrie Anuar yang dijumpai mStar mengakui wanita itu memang ada membeli burger di gerai mereka. Francais Otai Burger itu terletak di Kepong dan memeng benar wanita itu telah membuat dua pesanan burger ayam special dengan harga RM23.

Bagaimanapun, Syamrie berkata harga yang perlu dibayar oleh wanita itu sememangnya bersesuai dengan apa yang dipesan olehnya.

Macam sengaja nak sabotaj Otai burger

Pelanggan itu juga ada add-on sebiji telur. Maknanya dalam kedua-dua biji burger itu ada telur. Setiap satu biji, harganya RM11.50, bila kali dua (biji) RM23.

Menurutnya lagi, pelanggan tersebut bukanlah kali pertama membeli di gerai terbabit, jadinya dia sedar akan harga yang ditawarkan. Namun enggan menuduh sama ada wanita itu sengaja melakukan hal terbabit ataupun tidak.

Bila diviralkan, seolah-olah macam nak sabotaj.

Sebelum ini, perkongsian seorang wanita di Facebook telah meraih sehingga 1,200 shares selain dibanjiri hampir 1,000 komen dari netizen.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas