Connect with us

Oh! Media

“Maaf Kalau Ada Perkara Yang Buat Awak Rasa Tak Senang” – Syafiqah Aina

Oh! Tidak

“Maaf Kalau Ada Perkara Yang Buat Awak Rasa Tak Senang” – Syafiqah Aina

Usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad menerusi sesi live di Instagram mengaku isterinya, Syafiqah Aina terkena buatan orang.

ADVERTISEMENT

Kini, isterinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz iaitu pengamal perubatan Islam.

BACA: “Ada Yang Tak Senang Lihat Kami” – Isteri Kena Buatan Orang, Hafiz Mahamad Maafkan Pelaku

Mereka walau bagaimanapun sudah memaafkan pelaku dan meminta maaf sekiranya ada posting media sosial yang membuatkan orang ramai tidak senang.

aina

Jelas Aina, dia sebolehnya tidak mahu ungkit kembali kejadian yang sudah berlaku. Baginya, apa yang menimpa dirinya dan keluarga adalah satu mimpi buruk.

Dalam hantaran itu lagi, Aina berdoa semoga Allah SWT menjauhkan semua orang daripada sebarang anasir buruk dan hasad dengki yang boleh memporak-perandakan kehidupan.

Sementara itu, ada segelintir pengikut yang menasihati pasangan ini agar tidak terlalu menunjukkan kebahagiaan di laman sosial.

Menurut netizen, meskipun perkongsian dibuat untuk memberi inspirasi kepada orang lain, ada juga yang busuk hati menggunakan jalan kotor seperti sihir.

Tak kurang juga yang menganggap ini adalah cabaran bagi seorang usahawan di mana ada pihak yang tidak suka melihat mereka berjaya.

Kredit : Instagram Syafiqah Aina

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top