Connect with us

Oh! Media

Lori Terbalik Dalam Parit, Warga Emas Meninggal Dunia

terbalik

Oh! Tidak

Lori Terbalik Dalam Parit, Warga Emas Meninggal Dunia

Kejadian di Kuantan, lori yang dipandu oleh seorang warga emas telah terbabas dan terbalik ke dalam parit mengakibatkan mangsa meninggal dunia.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Ceroboh Dan Rogol Warga Emas Yang Sedang Tidur Di Pusat Kebajikan

Menerusi laporan Kosmo, kemalangan ini berlaku di kawasan Lombong Gagak Sungai Rimau di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.

Hilang kawalan dan terbabas

Keadaan lori yang dipandu mangsa (Foto: Kosmo)

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu menyatakan bahawa kejadian itu berlaku dalam jam 12 tengah hari, ketika mangsa, Juma’at Sulaiman, 74 tahun meneruskan perjalanan ke lombong bijih timah, bagi melakukan pemindahan hasil galian.

Apabila sampai di tempat kejadian ketika sedang melalui selekoh bukit yang menurun, tiba-tiba dipercayai pemandu lori hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan lalu masuk ke dalam parit lalu terbalik.

Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori yang cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mangsa kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk dibedah siasat.

Siasatan bagi kes ini telah menunjukkan bahawa kemalangan tersebut berlaku di atas kelalaian pemandu lori yang tidak mampu mengawal kenderaan apabila melalui jalan yang berselekoh dan curam.

Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan untuk menerima berita kematian mangsa. Hati-hati ketika memandu dan pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat untuk dipandu ya. Jangan leka ketika memandu!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas