Connect with us

Oh! Media

Liverpool Sedia Jual Salah, Demi Dapatkan Mbappe

Trending

Liverpool Sedia Jual Salah, Demi Dapatkan Mbappe


Klub bola sepak Inggeris Liverpool baru-baru ini dilaporkan serius untuk mendapatkan khidmat Kylian Mbappe.

ADVERTISEMENT

Mereka dikatakan bersedia untuk membuat pertukaran dengan salah seorang penyerang mereka bagi menampung perbelanjaan membawa masuk bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Mbappe yang selalu dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield sejak beberapa tahun lalu dan pemain antarabangsa Perancis baru-baru ini turut menyuarakan keinginannya untuk bekerja di bawah bimbingan Jurgen Klopp.

Menurut sumber, Liverpool telah bersedia untuk menjual salah seorang pemain bintang mereka antaranya Mohamed Salah, Roberto Firmino atau Sadio Mane untuk mendapatkan dana merealisasikan impian bagi membawa masuk Mbappe.

Dengan pelbagai pencapaiannya di usia muda, termasuk Piala Dunia 2018, harga jualnya dikatakan melambung. Kontrak Mbappe yang sekarang bersama Paris Saint-Germain (PSG) akan tamat pada 2022 dan dia ketika ini dianggarkan bernilai 161 juta pound (RM874 juta).

Bukan sahaja Liverpool, malah Real Madrid juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu yang setakat ini telah berjaya menjaringkan sebanyak 97 gol dan membantu menghasilkan gerakan gol sebanyak 58 kali dalam 132 penampilan buat PSG.

Pemain datang dan pergi silih berganti. Ibarat ‘Habis madu sepah dibuang’ begitu lah adat resam pemain bola sepak.

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas