Connect with us

Oh! Media

Lim Kit Siang Dakwa Kerajaan Lalai Jadi Punca Wabak Meningkat

Oh! Politik

Lim Kit Siang Dakwa Kerajaan Lalai Jadi Punca Wabak Meningkat

Nampaknya orang politik pada waktu ini sudah mula sedar bahawa mereka sepatutnya melupakan hal perebutan kuasa, tetapi bersatu untuk memberi perhatian penuh tentang isu covid-19 kerana rakyat semakin tersempit.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi turut telah mengumumkan genjatat politik dan Lim Kit Siang turut tidak ketinggalan memberikan pandangan sama.

Tetapi dakwaan Lim Kit siang agak berlainan selepas mengatakan kerajaan di bawah PN menjadi punca berlakunya gelombang ketiga kerana lalai.

Kabinet juga perlu menyalurkan semua sumber yang ada untuk melawan wabak ini di Sabah, memandangkan daripada 8,183 kes aktif, 6,243 kes adalah dari Sabah dengan 76 peratus daripada semua kes. Masanya telah tiba untuk Kabinet bertanggungjawab terhadap kes yang melonjak di Sabah. Daripada sejumlah 426 kes dan lapan kematian pada 1 September, (jumlah meningkat) kepada 9,868 serta 76 kematian pada 21 Oktober. – Kata ahli parlimen Iskandar Putri.

Tidak cukup dengan itu, Lim Kit Siang turut melihat kerajaan tidak bertindak pantas dengan penyebaran yang berlaku di Sabah dan meminta agar tindakan diambil melibatkan seluruh ahli Parlimen dan masyarakat.

Sekarang memang bukan masanya untuk kita bercakap soal politik, tetapi bersamalah untuk membawa Malaysia keluar dari wabak bahaya ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top