Connect with us

Oh! Media

Lepas Sayur-Sayuran, Bawang Pula Naik Harga?

Trending

Lepas Sayur-Sayuran, Bawang Pula Naik Harga?

Sejak dua minggu lalu, kecoh diperkatakan apabila harga bagi sayur-sayuran naik sehingga 200 peratus. Perkara ini tentu sahaja membangkitkan kebimbangan pengguna dan peniaga sayur-sayuran.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Harga Sayur Naik Mendadak, KPDNHEP Beri Maklum Balas

Terbaru, Harian Metro menerusi tinjauan ke Pasar Kampung Berjaya, Alor Setar Kedah mendapati harga bawang turut meningkat antara RM2 hingga RM6.

Menurut salah seorang peniaga iaitu Mohd Azam Md Shukri, harga bagi bawang telah mengalami kenaikan sebanyak tiga kali sejak bulan ini.

Disebabkan itu, dia terpaksa menjualnya dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Bawang besar daripada lebih RM2 sekilogram kepada RM4 sekilogram, bawang Holland RM5 berbanding RM3 sekilogram sebelum ini. Bawang putih pula saya jual sebelum ini RM7 sekilogram dan sekarang jual RM10 sekilogram.

Dia juga perlu mengeluarkan modal yang lebih besar apabila harga bagi seguni bawang putih seberat lapan kilogram naik daripada RM40 kepada RM48.

Harga bagi seguni bawang besar seberat enam kilogram pula RM17, sebelum ini hanya RM14.

Dia juga terpaksa menghentikan jualan bawang kecil Siam kerana harganya yang terlalu mahal iaitu RM16 sekilogram.

Selain itu, kenaikan harga ikan bilis pelbagai gred lebih 10 peratus turut meresahkan peniaga yang lain.

Diharapkan pihak berwajib dapat mengambil perhatian mengenai isu kenaikan harga barang ini berikutan ramai yang terjejas teruk.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas