Connect with us

Oh! Tidak

Lepas Putus Cinta, Lelaki Minta Bekas Kekasih Pulangkan Semula Duit Makan RM30

Putus cinta memang menyakitkan, bukan sahaja merasa sedih malah kita juga akan kecewa dengan sikap bekas pasangan.

BACA : Wanita Luah Rasa Takut Bakal Suami Seorang ‘Kedekut’ Sebab Banyak Potong Bajet Kahwin

IKLAN

Tetapi lain pula dengan kisah seorang lelaki Malaysia ini yang melepaskan rasa marah kepada bapa bekas teman wanitanya.

makanan

Memetik laman Mothership, seorang lelaki meraih perhatian warganet gara-gara meminta kembali duit berjumlah RM30 yang telah dibelanjakan untuk membeli makanan buat bapa wanita berkenaan.

screenshot

Dalam rakaman suara yang dihantar kepada bapa bekas teman wanitanya, lelaki terbabit berkata bahawa dia telah melayan anak perempuannya itu dengan sangat baik.

Namun kerana merasakan dirinya tidak mendapat layanan baik daripada keluarga bekas teman wanitanya itu, dia mahu wang yang digunakan untuk membeli dua pinggan nasi goreng dan satu mangkuk bubur untuk bapanya dikembalikan semula.

Oleh kerana kamu minum sepanjang masa, kamu sepatutnya memperoleh pendapatan yang mencukupi. Kata bekas teman lelaki itu.

Menerusi mesej yang dihantar, lelaki itu meminta untuk mereka menyelesaikan bayaran sebelum keesokan harinya.

Lelaki itu kemudian menghantar satu lagi rakaman suara meminta bapa bekas teman wanitanya untuk memindahkan wang tersebut ke akaun anaknya untuk memudahkan urusan.

Bapa bekas teman wanita itu kemudian membalas mesej dan mengatakan bahawa anak perempuannya telah meninggalkan RM20 di dalam kereta lelaki itu.

Kamu adalah lelaki paling kedekut yang pernah saya temui dalam hidup.

Namun pada masa yang sama, bapanya sangat bersyukur kerana mengetahui sikap lelaki itu lebih awal kerana anak perempuannya mungkin akan menderita jika dia terus bercinta dengannya.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas