Connect with us

Oh! Media

Lelaki Warga Emas Melecur Cuba Selamatkan Isteri, Meninggal Dunia

Oh! Tidak

Lelaki Warga Emas Melecur Cuba Selamatkan Isteri, Meninggal Dunia

Seorang lelaki warga emas yang melecur pada bahagian kaki dan belakang badan ketika cuba untuk menyelamatkan isterinya yang terkorban dalam kejadian kebakaran pada isnin lalu, disahkan meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, 6.31 pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Anak kepada mangsa, Zakaria berusia 56 tahun jenazah bapanya Jusoh Muda, 82 akan dikebumikan sebelum solat zohor.

Jenazah ayah masih berada di hospital dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibu iaitu di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama Chabang Tiga di sini.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata, mangsa meninggal ketika menerima rawatan lanjut di HSNZ dan mendapati mangsa melecur kira-kira 50% pada bahagian kaki dan badannya.

Susulan kecederaan yang dialami itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada pagi tadi.

Kejadian kebakaran melibat tiga buah rumah di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu telah mengorbankan nyawa Fatimah Mohd, 79 manakala suaminya melecur dalam kejadian yang berlaku pada 10.35 pagi, Isnin lalu.

Dalam kejadian itu juga, Fatimah yang mengalami masalah pinggang dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak didapati terperangkap manakala Jusoh terselamat selepas dia dikatakan berada di luar rumah.

Kami dari pihak Oh! Media berasa simpati terhadap kejadian yang menimpa mangsa dan semoga arwah berada dalam kalangan orang-orang yang beriman (Amin).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top