Connect with us

Oh! Media

Lelaki Viral Menari TikTok Dengan Lagu Cap Rambutan Dapat Beras Percuma

Trending

Lelaki Viral Menari TikTok Dengan Lagu Cap Rambutan Dapat Beras Percuma

Hari ni bila keluar jumpa kawan, semua sibuk nyanyi lagu iklan Cap Rambutan. Ini semua takkan terjadi kalau bukan disebabkan sorang lelaki ni yang viral menari TikTok dengan bertemakan lagu Cap Rambutan, haha!

ADVERTISEMENT

Lelaki ni dikenali sebagai Muhammad Shazani Shamsor berumur 19 tahun dan memaklumkan dia dah dapat habuan dari video yang viral tu. Shazani dah dihubungi sendiri oleh pihak Cap Rambutan dan dikatakan akan menghantar bekalan beras Cap Rambutan ke rumahnya. Tahniah dik!

Kami nak bagi kredit dekat adik sebab kreatif sangat buat video dengan lagu beras Cap Rambutan yang legen.

Jika boleh adik bagi kami alamat postal dan nombor telefon. Kami akan hantar beras kami bagi adik dan family. – Kata pihak Cap Rambutan Official melalui DM Instagram.

Shazani memaklumkan pada awalnya dia menolak beras tu dengan meminta pihak Cap Rambutan berikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Mula-mula saya tolak, saya suruh bagi orang lain. Sebab dia kata sebagai penghargaan (saya terima). Kalau saya berkeras menolak macam kurang ajar sangat pula. Saya bincang dengan ibu bapa saya dan mereka kata jangan tolak, saya pun setuju. – Katanya kepada The Vocket.

Shazani dah dapat beras, korang nak buat video tarian produk apa pula? Apa-apapun gunakanlah aplikasi yang ada untuk perkara yang berfaedah dan tidak memudaratkan diri.

Suka Ohmedia nak pesan untuk jangan kita jadikan aplikasi TikTok ni sehingga mengaibkan dan menjual maruah diri. Jadikan adik Shazani ni sebagai contoh. Hehe!

Kredit: The Vocket

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas