Connect with us

Oh! Media

Lelaki Viral Heret Dan Pukul Isteri Dipenjara Tiga Bulan

lelaki viral

Trending

Lelaki Viral Heret Dan Pukul Isteri Dipenjara Tiga Bulan

Ohmedia sebelum ini ada kongsikan satu video yang menunjukkan seorang lelaki sedang mengheret dan memukul isterinya. Lelaki itu turut dikatakan bekas suami kepada seorang penyanyi dangdut.

ADVERTISEMENT

Tangkapan bagaimanapun telah dilakukan pihak polis dan kini Mahkamah Majistret Kajang memutuskan untuk tertuduh dipenjara selama tiga bulan dan denda RM2,000.

Hukuman itu diperintahkan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz selepas tertuduh, Reduan Mahamood mengaku bersalah.

Seorang isteri adalah pendamping bukannya ‘punching bag’. Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu. Jangan buat lagi pada anak, isteri dan kepada sesiap sekali pun. – Kata Majistret.

Diharapkan agar pesalah ini insaf dengan apa yang dilakukannya dan turut menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas