Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tipu AADK, Sakit Jantung Konon

Oh! Tidak

Lelaki Tipu AADK, Sakit Jantung Konon


Amboi berani dia nak tipu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Sebelum buat kerja tak fikir dulu akibat dia, kan dah mendapat. 

Seorang lelaki sanggup menipu AADK kononnya dia diserang sakit jantung dan terbaring atas lantai apabila pihak anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan Yan datang melakukan pemeriksaan di rumahnya di Kampung Mat Acheh.

Tapi helahnya itu tidak menjadi apabila pintu biliknya yang telah dikunci berjaya dibuka anggota AADK.

Ketua Pegawai AADK Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, lelaki yang berusia 41 tahun itu mengaku dia terpaksa menipu untuk mengelak dari ditahan pihak berkuasa.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai penagih dadah, dan telah ditahan untuk tindakan lanjut.

Kita turut melakukan operasi aduan di sekitar daerah ini yang termasuk lapan anggota dan tertumpu dari aduan awam yang kami terima.

Operasi ini membabitkan tiga lokasi di Kampung Teluk Mat Acheh, Kampung Tengah Sungai Yan dan Kampung Titi Teras. – Katanya

Mohamad berkata, semasa dalam operasi itu juga, mereka dikatakan turut berjaya menahan seorang ibu muda berusia 39 tahun di sebuah rumah keluarga di Kampung Titi Teras.

Wanita yang mempunyai dua anak berusia antara dua dan lapan tahun mengaku mula menagih dadah ketika berusia 20 tahun sehingga sekarang.

Berdasarkan maklumat awam, rumah wanita itu kerap dikunjungi oleh rakan suaminya yang juga salah seorang Orang Kena Pengawasan ( OKP ) seliaan AADK dan masih menjalani pemulihan dalam komuniti. Wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut. – Katanya.

Mohamad berkata, operasi yang diteruskan di sebuah rumah di Kampung Tengah Sungai Yan itu turut berjaya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang tinggal dalam sebuah rumah yang penuh dengan sampah dan peralatan tajam.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Pejabat AADK Daerah Yan untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati kesemua mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.

Kesemua mereka akan disiasat mengikut seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan ) 1983. – Katanya.

Dadah ni pada asalnya diguna untuk tujuan perubatan tapi, anak-anak muda sekarang ni lah yang banyak menyalahgunakan dadah. Ingat lah guys, dadah ni bahaya. Boleh jadi perosak bangsa dan negara, jadi jauhilah dadah!

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top