Connect with us

Oh! Media

Lelaki Terima ‘Ayat-Ayat Sinis’, Disindir Kerana Tidak Mahu Bersedekah

Oh! Tidak

Lelaki Terima ‘Ayat-Ayat Sinis’, Disindir Kerana Tidak Mahu Bersedekah

Sedekah amalan mulia! Itulah gambaran yang menunjukkan betapa besarnya nilai memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan akan mendapat naungan pada hari akhirat kelak.

ADVERTISEMENT

BACA: Rebut Pahala Menderma Di Bulan Mulia. Ini Ada Satu Cara Mudah Untuk Korang Bersedekah!

Ia juga merupakan amalan yang mudah dilakukan dan tidak perlu bersedekah banyak jika tidak mampu. Cukup sekadar mengikut kemampuan serta ikhlas dalam setiap pemberian.

Lelaki ‘bengang’ disindir kerana tidak bersedekah

Walaupun amalan tersebut dituntut dalam agama Islam, namun terdapat juga sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan meletakkan rasa bersalah terhadap individu yang tidak bersedekah.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang mana dia telah memuat naik sekeping gambar memaparkan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu dipercayai seorang ustaz.

Menerusi gambar tersebut, Ustaz berkenaan telah menghantar beberapa pesanan untuk meminta sedekah bagi membantu beberapa golongan yang memerlukan.

Selepas beberapa hari mengabaikan mesej itu, Ustaz tersebut kembali menghantar pesanan berbentuk sindiran supaya melembutkan hatinya untuk bersedekah.

Selain itu, dia juga turut menunjukkan beberapa tangkap layar kiriman SMS daripada orang lain yang menjadi mangsa dalam aktiviti tersebut.

Bukan setakat SMS, malah individu tersebut turut menerima pesanan email berbentuk perlian yang meminta untuk mendermakan bahan mentah seakan-akan memaksanya melakukan perkara itu.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tidak berpuas hati terhadap kejadian itu yang seolah-olah membuat seseorang rasa serba salah jika tidak bersedekah.

Bagaimanapun, tinjauan Oh! Media juga mendapati ramai juga individu yang turut menerima pesanan tersebut dan dikatakan akan berlaku setiap hari Jumaat.

Kredit: Twitter kingarep_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas