Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tergamak Kelar Leher Isteri Sendiri

maut

Oh! Tidak

Lelaki Tergamak Kelar Leher Isteri Sendiri

Terdapat satu kejadian dimana seorang lelaki tergamak kelar isteri sendiri di sebuah pangsapuri di Bandar Botanik, Klang pada Jumaat lepas. Allahu! 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku pada 7 pagi selain terdapat kesan kelar di leher serta tangan daripada hasil siasatan awal dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong.

Siasatan turut mendapati pasangan itu berkahwin sejak dua tahun lalu dan mempunyai seorang bayi perempuan berusia enam bulan.

Difahamkan pasangan itu mempunyai mempunyai masalah rumah tangga.

Hasil daripada bedah siasat pula menemukan 12 luka hiris di bahagia kepala, leher, telinga, pipi, lengan dan jari kata Cha.

Punca kematian adalah luka kelar di leher. Suami mangsa yang berusia 31 tahun direman tujuh hari sehingga 14 Jun ini untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas