Connect with us

Oh! Media

Lelaki Solat Tengah Jalan Pesakit Psikiatri, Lari Dari Hospital

Trending

Lelaki Solat Tengah Jalan Pesakit Psikiatri, Lari Dari Hospital

Baru-baru ini viral di media sosial video memaparkan seorang lelaki melaungkan azan dan mendirikan solat di tengah jalan raya. Perbuatan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga memaksa anggota trafik memantau keadaan.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Tular Individu Solat Tengah Jalan, Polis Terpaksa Jaga Trafik

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh dalam laporan Harian Metro berkata, anggota yang membuat rondaan segera ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

solat tengah jalan

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3.35 petang di Jalan Ipoh berhampiran sebuah stesen minyak di Taman City, Kuala Lumpur.

Setibanya anggota ke lokasi, kelihatan seorang lelaki berdiri di tengah-tengah jalan menunaikan solat.

Anggota polis kemudiannya memujuk lelaki itu dan membawanya ke stesen minyak berhampiran untuk menenangkannya.

Semakan pihak polis mendapati lelaki itu adalah pesakit psikiatri yang melarikan diri dari Hospital Selayang. Dia juga didapati memakai gelang putih menyerupai gelang hospital.

Lelaki berkenaan dilaporkan telah dibawa kembali ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas