Connect with us

Oh! Media

Lelaki Simbah Isteri Dan Anak Minyak Panas, Syak Isteri Curang Sebab Selalu Berbual Di Telefon

simbah minyak panas

Oh! Tidak

Lelaki Simbah Isteri Dan Anak Minyak Panas, Syak Isteri Curang Sebab Selalu Berbual Di Telefon

Gara-gara cemburu sehingga bertengkar, seorang lelaki bertindak menyimbah minyak panas kepada isteri dan bayi perempuannya berusia empat bulan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Suami Pukul Isteri Depan Anak, Enggan Rujuk Jadi Punca

Kejadian berlaku pada 11 Februari jam 5.50 petang di Semabok Dalam, Semabok, Melaka.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca apabila si suami mengesyaki isterinya berusia 21 tahun itu berkawan dengan lelaki lain kerana kerap berbual di telefon bimbit.

Ketika itu mangsa sedang menggoreng ayam di dapur dan apabila ditanya dia cuba memberikan penjelasan namun tidak diendahkan suaminya.

Pada masa sama bayi mereka menangis dan mangsa mendukung anaknya, sebelum suspek yang dipercayai tidak berpuas hati menyimbah minyak panas dari kuali di dapur ke arah mangsa dan anak bongsunya itu.

Kejadian disedari ibu mentua mangsa yang terus membawa menantu dan cucunya ke mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Mangsa dilaporkan mengalami kesan lecur di paha kiri manakala bayinya pula pada belakang pinggang, punggung serta keseluruhan kaki sebelah kiri dan kanan.

Suspek bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Borong Batu Berendam dan pasangan itu mempunyai tiga lagi anak berusia antara dua hingga enam tahun.

Dia telah ditahan pihak polis dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas