Connect with us

Oh! Media

Lelaki Sanggup Tebuk Lubang Di Pintu Bilik Air Kerana Mahu Intai Isteri Mandi

Trending

Lelaki Sanggup Tebuk Lubang Di Pintu Bilik Air Kerana Mahu Intai Isteri Mandi

Seorang wanita dilaporkan mengalami trauma dan kemurangan yang teruk apbila mendapati suaminya sendiri telah mengintainya di dalam bilik air rumah mereka, London.

ADVERTISEMENT

Menurut Evening News, Suspek Stuart Alden, 32, berkata setelah isterinya melahirkan anak, rumah tangga mereka menjadi bertambah buruk.

Sejak kelahiran anak pertama mereka, isterinya dikatakan tidak lagi mahu mengadakan hubungan seks bersama Stuart dan ini telah memaksa Stuart untuk menebuk lubang di pintu bilik air rumah mereka agar dapat melihat wanita itu (ketika itu masih lagi isterinya) mandi.

Peguam, Michael Devaney berkata, mangsa dapat merasakan seolah-olah sedang diperhatikan. Malah mangsa juga memberitahu telah terdengar bunyi rantai yang dipakai suaminya diluar pintu bilik air.

Mangsa kemudiannya dikatakan telah membangkitkan hal itu kepada suaminya namun lelaki itu telah mencabar mangsa untuk membuat laporan polis keatasnya jika benar dia bersalah.

Dia tidak pergi membuat laporan polis, malah dia telah merancana untuk mencari bukti dengan memasang kamera tersembunyi di dalam bilik air mereka bagi membuktikan kesalahan lelaki itu sebelum membuat laporan. – Kata peguam.

Suspek akhirnya telah ditahan pada 17 Mei 2020 di atas kesalahan memerhati seseorang dalam keadaan melakukan ‘perbuatan bersifat peribadi’

Daripada berlaku curang, suspek lebih rela melakukan hal itu (mengintai isterinya mandi) bagi memenuhi keinginan batinnya.” – Kata peguam.

Stuart  juga dilaporkan telah mengaku bersalah diatas kesalahannya itu pada 23 Mac 2021, Selasa lepas.

Wanita itu juga dipercayai telah pergi untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kemurungan yang teruk selepas kejadian itu, dan sehingga ke hari ini dia dikatakan masih lagi merasakan seperti ada yang memerhatikan dirinya.

Mangsa masih lagi memeriksa setiap ruang di dalam bilik air termasuk pintu ketika dia dirumah sebelum dia menggunakannya.

Supek telah dijatuhi hukuman bagi melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat diatas kesalahanya serta telah mengebabkan mangsa berada di dalam keadaan tidak tenteram selepas kejadian itu” – Kata peguam.

Stuart juga dikatakan telah meminta maaf kepada bekas isterinya itu walaupun dia tahu perkara itu tidak dapat dimaafkan.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas