Connect with us

Oh! Media

Lelaki Pakistan Dipaksa Ketuk Ketampi, Kemaluan Dipotong Sekumpulan Lelaki

Trending

Lelaki Pakistan Dipaksa Ketuk Ketampi, Kemaluan Dipotong Sekumpulan Lelaki

Di Klang, Selangor, seorang lelaki warga Pakistan berdepan detik hitam apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki tidak dikenali.

ADVERTISEMENT

Menceritakan insiden kepada Malaysiakini, rakan mangsa, Rizwan Ahmad memberitahu, mangsa ketika itu duduk berseorangan berhampiran Masjid Alam Impian sebelum didatangi empat orang lelaki.

Sekadar gambar hiasan

Lelaki tersebut bertanyakan beberapa soalan kepada mangsa termasuklah mengenai status perkahwinan dan hubungan seksual ketika berada di Malaysia.

Menjawab kepada pertanyaan itu, mangsa memberitahu dia telah berkahwin di Pakistan dan tidak pernah berhubungan seks ketika berada di sini.

Lepas tu dia (salah seorang daripada suspek) kata buka baju, seluar. Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah, naik (ketuk ketampi).

Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar.

India tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar. Kenapa you naikkan seluar?

Apa yang mengejutkan apabila suspek mahu memotong kemaluan mangsa ekoran mangsa pada ketika itu tidak boleh berereksi. Suspek menganggap kemaluan mangsa sudah tidak berguna lagi.

Sekadar gambar hiasan

Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong.

Kata Rizwan lagi, selepas kemaluan mangsa dipotong, suspek terus melarikan diri.

Ketika ditanya mengenai kemaluan yang dicampak, Rizwan memberitahu tidak dapat dijumpai walaupun sudah dicari.

Tak ada jumpa. Kita ramai pergi cari, polis pun ada sampai sana, polis pun ada tolong cari tapi tak dapat lagi.

Susulan itu, mangsa segera menghubungi rakan sebelum dihantar menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kemudian dipindahkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, mangsa tidak dapat melarikan diri kerana suspek mencengkam lengan kiri dan kanannya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat mengesahkan ada menerima laporan kejadian tersebut. Namun setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca komen pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas