Connect with us

Oh! Media

Lelaki Naik Motosikal Balik Kelantan, Dah Setahun Tumpang Rumah Rakan

Trending

Lelaki Naik Motosikal Balik Kelantan, Dah Setahun Tumpang Rumah Rakan

Pengumuman rentas negeri yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini telah memberi nafas lega kepada segelintir masyarakat yang hilang pendapatan akibat pandemik.

ADVERTISEMENT

BACA: Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Seperti laporan Kosmo! ini, seorang lelaki dikenali sebagai Anas nekad menunggang motosikal sejauh 420 kilometer (km) untuk pulang ke kampung halamannya di Pasir Puteh, Kelantan.

Sekadar gambar hiasan

Sejak Ogos 2020, Anas telah kehilangan pekerjaan apabila syarikat tempatnya bekerja terpaksa menutup operasi. Selepas itu, dia cuba untuk bekerja di tempat lain namun tidak bertahan lama.

Dalam tempoh setahun, dia terpaksa tebal muka menumpang rumah kenalannya di sekitar ibu negara disebabkan tidak mampu membayar sewa bilik. Wang simpanannya juga telah kehabisan.

Saya mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bekerja sebagai penghantar makanan untuk tampung perbelanjaan bulanan.

Walaupun hidup menumpang, Anas bersyukur rakan-rakan memahami nasib yang menimpa dirinya. Dia juga ada memberikan wang sekadar yang termampu sahaja.

kelantan

Sebenarnya saya sudah tidak mampu lagi untuk tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang ke kampung.

Sebelum ini, saya hanya terbayangkan kampung dan apabila dibenarkan, saya segera mengemas pakaian. Sudah lama saya tidak berjumpa dengan ibu dan ayah.

Tambah bekas operator elektrik di sebuah hotel terkemuka itu lagi, kebenaran merentas negeri merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggunya. Dia bertolak balik ke Kelantan pada pukul 1 pagi semalam.

Dia nekad pulang menaiki motosikal kerana itulah satu-satunya harta kepunyaannya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas