Connect with us

Oh! Media

Lelaki Menyamar Doktor Kahwini 18 Wanita, Lesap Lepas Dapat Barang Kemas

Trending

Lelaki Menyamar Doktor Kahwini 18 Wanita, Lesap Lepas Dapat Barang Kemas

Di New Delhi, India, seorang lelaki ditahan polis selepas mengahwini sekurang-kurangnya 18 wanita demi mendapatkan wang mudah dan kepuasan seks.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Cara Yang Digunakan Scammer Untuk Perdaya Guru Hingga Rugi RM57,850

Lapor Harian Metro, lelaki berusia 67 tahun itu mensasarkan wanita bujang, balu dan janda.

Suspek, Bibhu Prakash Swain mencari mangsa di platform media sosial dan memperkenalkan diri sebagai seorang doktor yang berumur 51 tahun.

Selain doktor, suspek pernah menyamar sebagai profesor, peguam, pegawai perubatan dan pegawai tentera.

Pegawai polis Sanjiv Satpathy berkata, suspek memancing mangsa kononnya dia bergaji besar dan menunjukkan kad pengenalan palsu. Dia juga mereka-reka surat pelantikan dan latar belakang keluarga.

Selepas berkahwin, suspek mula meminjam duit atau barang kemas kononnya ada kecemasan, namun menghilangkan diri untuk memburu ‘sasaran’ seterusnya.

Kegiatan suspek mula dihidu pihak polis selepas satu laporan dibuat seorang wanita pada Mei tahun lalu. Wanita itu mengesyaki suami yang baru dikahwininya mempunyai sekurang-kurangnya tujuh isteri lain.

Foto: gnnhd.tv

Difahamkan, polis mengambil masa berbulan-bulan menyiasat perkara ini sebelum suspek akhirnya diberkas.

Melihat kepada rekod nombor telefon, polis percaya suspek berkahwin sebanyak 18 kali. Ini kerana suspek menyimpan nama-nama mangsa berdasarkan lokasi seperti Madam Delhi, Madam Assam dan banyak lagi.

Polis menganggap kes ini merupakan penipuan perkahwinan terbesar yang pernah berlaku di India. Mangsanya juga terdiri daripada wanita bekerjaya seperti pegawai polis, akauntan, guru, doktor dan peguam.

Siasatan awal mendapati suspek berkahwin kali pertama pada 1978 dan dikurniakan 3 anak. Dua daripada anaknya doktor dan seorang lagi doktor gigi.

Kredit: Harian Metro | Daily Mail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas