Connect with us

Oh! Media

Niat Baik Dibalas Jahat

Oh! Tidak

Niat Baik Dibalas Jahat

Bagaikan kacang lupakan kulit. Itulah pepatah yang sesuai diberikan kepada pasangan gelandangan yang dikatakan tidak sedar diuntung.

Heboh di media Manchester, mengenai pasangan gelandangan yang dilaporkan telah menyeksa seorang lelaki. Kejadian berlaku apabila lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu bertemu dengan gelandangan itu pada Januari 2019.

Kisah tragis ini bermula apabila lelaki malang itu dikatakan telah mengambil pasangan penagih dadah, Michael Rowbotham dan Natalie Wightman, untuk tinggal bersama dengannya dan dia dikatakan turut menampung kehidupan mereka berdua semenjak itu.

Pendakwa Raya Duncan Wilcox berkata, pada 13 Februari 2019, telah berlaku pertengkaran di antara mereka bertiga apabila salah seorang dari gelandangan itu menuduh mangsa mencuri dadah mereka.

Rowbotham dan Wightman yang tinggal serumah dengan mangsa dilaporkan telah membeli heroin bernilai 200 pound sterling (RM1,082).

Portal Newsweek ada melaporkan bahwa lelaki malang itu diikat, lututnya dipukul dengan menggunakan tukul, kakinya dibakar, malah mereka turut menyeksa lelaki malang itu dengan seterika.

Tertuduh turut membogelkan mangsa dan mendudukkannya di kerusi serta mengikatnya dengan tali kabel semasa sesi soal menyoal itu berlaku.

Mereka menjerit kepada mangsa supaya dia mengaku sebelum mereka memukul lutut mangsa. – Kata Duncan.

Menurut keterangan di Mahkamah Manchester Minshull Street, pasangan itu juga dipercayai turut mengurung lelaki itu dalam almari selama sejam.

Fuhhh, memang tak sedar diuntung. Orang buat baik dibalas baik itu biasa. Orang buat jahat dibalas jahat itu dendam tapi bila orang buat baik dibalas jahat itu namanya zalim. Nak buat baik pun kena berhati-hati zaman sekarang ni gais.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top