Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kecewa Ditipu, Rupa-Rupanya Hanya ‘Bank Bergerak’ Untuk Teman Wanita Menyimpan Di ASB

Lelaki Sedih

Oh! Tidak

Lelaki Kecewa Ditipu, Rupa-Rupanya Hanya ‘Bank Bergerak’ Untuk Teman Wanita Menyimpan Di ASB

Dalam sesuatu hubungan percintaan, kejujuran adalah perkara yang sangat penting kerana ia menjadi asas kepada kestabilan dan kebahagiaan bersama.

Namun, bagi seorang lelaki yang dikenali sebagai Amir, dia meluahkan rasa kesal apabila dia menyedari bahawa dia telah dipergunakan oleh teman wanitanya untuk kesenangan diri sendiri.

Belanja kekasih tanpa kredit limit

Image

Menerusi perkongsian di thread, Amir berkata pada awalnya dia tidak pernah berkira dalam membelanjakan wang untuk teman wanitanya.

IKLAN

Setiap kali mereka keluar bersama, Amir dengan rela hati akan menanggung segala perbelanjaan. Baginya, itu adalah satu bentuk kasih sayang terhadap pasangannya.

Daripada makan, transport, wayang, teddybear semua aku sponsor, even breakfast dia pun aku support hari-hari sebab dia pernah cakap gaji dia dalam 2k-3k sahaja.

Tapi bila fikir balik takkanlah tak ada bajet untuk makan langsung.-Katanya

Simpanan ASB teman wanita lebih RM60,000

Image

Segalanya berubah apabila rakan teman wanitanya memberitahu Amir, bahawa dia telah dipergunakan oleh kekasihnya sendiri untuk menjimatkan duit belanja harian dan selebihnya dapat menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Last sekali, kawan baik dia dm aku, bagi tahu sebenarnya GF aku ni ada je duit, banyak weh. Katanya simpanan ASB dia lebih daripada 60k, dia kata lagi memang hampir hari-hari kalau dekat rumah mesti dia belek je apps ASB tu.

Paling kecewa, rupanya dia tak pernah suka atau ada niat nak kahwin dengan aku pun. Dengan kata lain, aku ‘bank bergerak’ dia. Sekarang savings aku pun 3 digit dia yang OKB (Orang kaya baru).-Tambahnya

Amir kemudian berkongsi bahawa dia telah meminta penjelasan daripada teman kekasihnya dan mengakui bahawa segala yang dikatakan oleh rakannya adalah benar.

Amir juga berkata dirinya berasa sedih setelah tiga tahun bercinta semuanya tamat seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun tetap yakin bahawa sesuatu yang lebih baik menantinya di masa hadapan.

#Apakataohmedia

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua bahawa perhubungan sebelum berkahwin, amatlah tidak wajar untuk kita memberikan segalanya tanpa ikatan yang sah dan jika hanya satu pihak yang berkorban tanpa mendapat pengorbanan yang sama, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan semula hubungan tersebut.

Lelaki Sedih

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook
Rujukan kami: Thread


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas