Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Kantoi Merakam Video Di Tandas Wanita 

polis maut

Oh! Tidak

Lelaki Ini Kantoi Merakam Video Di Tandas Wanita 

Seorang lelaki kantoi merakam video di dalam tandas wanita di sebuah kompleks perniagaan di Bayan Lepas semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, perkara yang dilakukan lelaki itu dikesan oleh pengawal keselamatan kompleks perniagaan berkenaan.

Pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengurus bangunan itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal.

Bukan tu jer, suspek merakam video berulang kali di tandas wanita itu. Atas bimbang akan keselamatan pekerja, pihak pengurusan terus membuat laporan polis.

Semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek juga pernah memasuki tandas wanita berkenaan pada 26 Jun dan Rabu lalu.

Hasil pemeriksaan dalam telefon bimbit suspek menemukan empat gambar punggung wanita tanpa pakaian di dalam tandas dan satu video dengan gambar sama berdurasi dua saat bertarikh 21 Jun, selain gambar serta video lucah.

Hasil daripada siasatan, rupanya suspek melakukan perbuatan itu untuk tontonan sendiri.

Suspek direman selama empat hari sehingga 8 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan 509 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas