Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Kahwini Semula Bekas Isteri Sakit Tenat, Jual Rumah Biaya Kos Rawatan

Trending

Lelaki Ini Kahwini Semula Bekas Isteri Sakit Tenat, Jual Rumah Biaya Kos Rawatan

Pengorbanan yang dilakukan seorang lelaki dari wilayah Henan, China ini memang patut meraih pujian daripada orang ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: Kisah Pasangan Suami Isteri, Suami Sanggup Pakai Baju Spider-Man Demi Isteri Yang Sakit

Mana tidaknya, dia sanggup mengahwini semula bekas isteri selepas mendapat tahu bekas isterinya itu sedang sakit.

Pasangan ini dilaporkan bertemu sekitar tahun 2012 selepas dikenalkan ahli keluarga. Mereka kemudiannya berkahwin beberapa bulan kemudian.

Namun, rumah tangga mereka mula bergolak gara-gara konflik yang berpanjangan. Akibat terlalu tertekan, si isteri turut mengalami keguguran selama dua kali.

Selepas itu, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing dan berpisah sekitar 2019.

Selepas dua tahun bercerai, si suami yang dikenali sebagai Chen Zhenfeng menghubungi semula bekas isterinya, Xie Hongxia untuk bertanyakan khabar.

Dia mendapat tahu bekas isterinya menghidap penyakit buah pinggang sehingga mengganggu penglihatannya. Malah, isterinya itu kini menderita uremia iaitu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.

Ketika menziarahi bekas isteri sedang sakit di hospital, Zhenfeng secara tiba-tiba melamar semula bekas isterinya itu kerana tidak sanggup melihatnya menderita seorang diri.

Dia juga sanggup menderma buah pinggang dan menawarkan diri untuk menjaga Hongxia sehingga ke akhir hayatnya.

Jangan menangis, aku rela mendermakan satu buah pinggang supaya kamu boleh hidup lebih lama.

Bukan itu sahaja, dia nekad menjual rumahnya untuk membayar kos perubatan Hongxia di hospital.

Fuh, bukan biasa-biasa pengorbanan lelaki ini. Jadi memang betullah cinta sejati itu wujud kan?

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas