Connect with us

Oh! Media

“Nak Tanya Sikit, Kenapa Banyak?” – Lelaki Dituduh Merogol Anak Kandung, Terkejut Ada Banyak Pertuduhan

Trending

“Nak Tanya Sikit, Kenapa Banyak?” – Lelaki Dituduh Merogol Anak Kandung, Terkejut Ada Banyak Pertuduhan

Pernah tak korang buat sesuatu kesalahan, tapi korang tak ingat berapa banyak korang dah buat, sampailah ada suatu hari ni orang bagitahu ‘list’ kesalahan yang korang korang dah pernah lakukan? Haaaa itulah yang terjadi kepada seorang peniaga air tebu yang dikatakan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 1,830 tahun, hari ini.

ADVERTISEMENT

Tertuduh yang berusia 42 tahun itu telah didakwa dengan 64 pertuduhan kerana melakukan sumbang mahram terhadap anaknya dan juga merogol kawan anaknya di antara 2019 hingga 2021.

Tertuduh juga sempat menanyakan kepada Mahkamah Sesyen berhubung jumlah bilangan pertuduhan yang banyak dihadapkan kepada dirinya.

Boleh saya tanya sedikit, kenapa pertuduhan ini begitu banyak? – Katanya.

Bagaimanapun, pertanyaan itu tidak direkodkan oleh pihak mahkamah.

Lelaki itu juga turut mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mengikut 55 pertuduhan, bapa kepada tujuh orang anak termasuk dua anak tiri itu telah melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya sendiri.

Perbuatan keji itu dipercayai telah dilakukan oleh tertuduh di antara April 2019 hingga Januari 2021.

Tertuduh juga turut didakwa dengan sembilan pertuduhan merogol kawan kepada anaknya sejak Ogos 2020 hingga Januari 2021 dengan kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di daerah ini. Kedua-dua mangsa kini berusia 14 tahun.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar membantah sebarang ikat jamin kerana ini merupakan kesalahan serius dan boleh menganggu dua-dua mangsa lebih-lebih lagi anak tertuduh yang tinggal bersamanya.

Berhubung faktor pandemik Covid-19, tindakan telah diambil pihak penjara dengan kesemua banduan disaring dan dikuarantin sebelum dibenarkan masuk penjara. – Kata Nurul.

Mahkamah kemudiannya tidak memberikan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan 24 Mac depan. Tertuduh juga boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan, sekiranya dia disabitkan bersalah.

Banyak sungguh pertuduhan si tertuduh. Layak digelar bapa durjana. Semoga mendapat hukuman yang setimpal.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas