Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ditembak Tepat Dimuka Gara-Gara Tak Pakai Pelitup Muka

Trending

Lelaki Ditembak Tepat Dimuka Gara-Gara Tak Pakai Pelitup Muka

Akibat hilang pertimbangan, siapa sangka seorang lelaki sanggup menembak mati seorang tetamu dalam sebuah majlis pengebumian hanya kerana tidak memakai pelitup muka.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Bangkok ini ternyata mengejutkan orang ramai dan saksi menyatakan mangsa sebelum ditembak telah melakukan provokasi dengan mengejek suspek selepas ditegur untuk memakai pelitup muka. Suspek kemudian hilang sabar dan terus mengacukan pistol dan menembak tepat ke arah muka mangsa.

Suspek dan mangsa sebelum ini ada masalah lampau dan kejadian pada hari pengebumian kemuncak konflik. Selepas bertengkar, suspek mahu meninggalkan majlis namun mangsa datang membuat provokasi. – Kata Ketua Polis Chaweng, Kolonel Sutat Songsayom.

Haa, siapa tak pakai pelitup muka dekat tempat awam tu jangan berani-berani buat macam ni ok! Lepas tu boleh pula cabar dan mengejek orang yang menegur bila sudah tahu sendiri salah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas