Connect with us

Oh! Tidak

Lelaki Ditahan Polis, Pura-Pura Jadi Tentera Hanya Untuk Makanan Percuma

Sekarang ni kan banyak tempat yang sediakan makanan percuma untuk pekerja kerajaan bagi menghargai usaha mereka. Mungkin disebabkan itu, ada je pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

BACA: Rumah Panglima 3DIV Kem Terendak Diceroboh Prebet Angkatan Tentera Malaysia

IKLAN

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki bertindak menyamar sebagai tentera untuk dapatkan makanan percuma di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin berkata tangkapan suspek dibuat selepas menerima aduan daripada seorang anggota tentera.

Siasatan awal mendapati suspek memakai uniform tentera di hospital untuk menarik perhatian dan mendapatkan makanan percuma.

Katanya, ia bermula apabila seorang anggota tentera perasan tata pemakaian seragam yang dikenakan oleh lelaki tersebut adalah salah.

Susulan itu, dia menghampiri suspek dan meminta kad pengenalan tentera namun dia gagal mengemukannya dan hanya menujukkan MyKad sahaja.

Polis turut merampas beberapa bukti, termasuk sepasang pakaian seragam penyamaran digital hijau, sepasang but taktikal hitam, kemeja-T, dan tali pinggang hitam dengan gesper logam.

Suspek kemudian memberitahu polis bahawa dia telah membeli pakaian seragam itu dari sebuah kedai di Tambun dan turut menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada tentera.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memakai apa-apa pakaian, atau membawa apa-apa token yang menyerupai pakaian atau token yang digunakan oleh askar, kelasi atau tentera udara.

Mungkin dia tak mampu nak beli makanan sebab tulah sampai menyamar. Apapun peringatan buat yang lain, janganlah cuba-cuba nak menyamar jadi anggota polis atau tentera ye.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas