Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ditahan, Disyaki Rogol Wanita OKU

menyamar polis

Trending

Lelaki Ditahan, Disyaki Rogol Wanita OKU

Seorang lelaki ditahan dan direman selepas disyaki merogol rakan sekerjanya di dalam tandas sebuah restoran terkenal di Alor Setar pada bulan lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki OKU Tergamak Rogol Adik Perempuan Sendiri Yang Berusia 13 Tahun

Memetik laporan daripada Harian Metro, suspek yang berusia 21 tahun itu ditahan pihak polis selepas ibu kepada mangsa membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut.

Mangsa yang merupakan seorang wanita kurang upaya (OKU) difahamkan tidak tahan dengan perbuatan suspek, memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Tambah Ahmad Shukri lagi, suspek boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.

Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku tanpa kerelaan mangsa yang mana wanita itu dipaksa dengan ditarik ke dalam tandas lelaki di restoran berkenaan.

Mangsa kemudian dirogol dan dipaksa melakukan hubungan luar tabii.

Untuk makluman, suspek kini sudah pun dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar dan ditahan reman sehingga tarikh perbicaraan yang akan dimaklumkan kelak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas