Connect with us

Oh! Media

Lelaki Bunuh Baby Zara Sehingga Koyak Kemaluan Dan Alami Kecederaan Otak Kekal Dihukum Gantung Sampai Mati

Baby Zara

Oh! Tidak

Lelaki Bunuh Baby Zara Sehingga Koyak Kemaluan Dan Alami Kecederaan Otak Kekal Dihukum Gantung Sampai Mati

Seorang bekas tukang gunting rambut dituduh membunuh seorang bayi dikenali sebagai ‘Baby Zara’ yang ketika itu berusia 11 bulan pada 6 tahun lepas kekal dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, kejadian pembunuhan kejam itu berlaku di sebuah unit pangsapuri di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi pada 7 November 2018.

Rayuan akhir yang dibuat Hazmi Majid terhadap hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 Ogos 2021 sebelum ini telah sebulat suara ditolak panel tiga hakim.

Hukuman gantung sampai mati sesuai dengan perlakuan jenayah yang sangat kejam itu dan ianya dikatakan sendiri Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin.

Laporan bedah siasat terhadap Baby Zara yang berat badannya hanya 8.26 kilogram sewaktu itu mengalami kecederaan vagina yang sangat serius sampai doktor terpaksa menjahit untuk menghentikan pendarahan.

Bukan tu jer, mangsa juga mengalami kecederaan pada dubur dan pendarahan serius pada keseluruhan otaknya. Allahu! Kesian betul.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas