Connect with us

Oh! Media

Lelaki Berlari Masuk Parit Selepas Simbah Minyak Petrol Pada Badan

Oh! Tidak

Lelaki Berlari Masuk Parit Selepas Simbah Minyak Petrol Pada Badan

Gara-gara mahu membunuh diri, seorang lelaki telah mengalami kecederaan dan melecur pada bahagian tangan dan badannya selepas dia dikatakan menyimbah petrol ke seluruh badan sebelum membakar dirinya sendiri.

ADVERTISEMENT

Disebabkan tidak tahan dengan kepanasan api itu dia dipercayai telah bertukar fikiran dan menghentikan hasratnya itu dengan berlari masuk ke dalam parit yang berdekatan.

Bahagian badan dan tangannya juga dilaporkan telah melecur sehingga lima peratus sewaktu dia diselamatkan oleh pihak Bomba.

Kami mengangkat mangsa dalam longkang dengan menggunakan stretcher sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Kita tidak tahu apa motif lelaki berkenaan mahu membunuh diri. – Komander Operasi.

Tidak dinafikan, disebabkan oleh kemurungan dan hilang harapan untuk hidup, ada di antara kita yang tak berfikir panjang dan sanggup melakukan perkara-perkara diluar jangkaan. Kemurungan itu boleh dirawat, harapan juga boleh dikembalikan tapi, ingatlah yang nyawa itu tiada gantinya.

Kredit: Kosmo

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top