Connect with us

Oh! Media

(Video) Berang Ditegur Tak Pakai Mask, Lelaki Hambur Kata Kesat & Ludah Pekerja

Trending

(Video) Berang Ditegur Tak Pakai Mask, Lelaki Hambur Kata Kesat & Ludah Pekerja

Viral di Twitter semalam video seorang lelaki yang telah meludah dan keluarkan kata-kata kesat yang berbaur perkauman terhadap seorang pekerja wanita. Kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar mini di Ipoh.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan, asalnya pekerja tersebut hanya menegur suspek yang tidak memakai mask sebelum memasuki pasar mini tersebut. Rasanya semua dah sedia maklum itu memang SOP yang perlu untuk kita patuh untuk pergi ke mana-mana. Tapi tak tahu apa masalah lelaki tersebut, tiba-tiba sahaja mengamuk dan naik berang lepas ditegur.

Bukan hanya keluarkan kata-kata kesat serta mengaitkan sentimen perkauman, suspek juga telah meludah pekerja wanita tersebut sebelum berlaku pergelutan kecil antara mereka. Nasib baik ada pekerja lain yang sempat halang. Kalau tak, mungkin boleh jadi lagi teruk.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, suspek dah pun diberkas malam tadi untuk bantu siasatan. Suspek juga turut dikenakan kompaun atas sebab melanggar SOP PKPB. Kertas siasatan dah pun dibuka bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan/Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana gaduh gempar di tempat awam dan berkelakuan aib.

“Tangkapan memiliki tiga rekod jenyah lampau berkaitan kes jenayah dan tangkapan mengaku dalam keadaan mabuk semasa kejadian itu berlaku.” – katanya.

Kalau dah memang buat salah, tak perlu rasanya nak ikut juga ego dalam kepala. Orang tegur pun untuk kebaikan bersama juga. Kalau rasa malas sangat nak ikut SOP, baik duduk rumah diam-diam dan tak payah keluar. Kau pun tak payah susah-susah nak pakai mask, kan?

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas